Berikut dikongsikan cara untuk menetapkan aplikasi seperti gmail dan aplikasi emel yang lain untuk dijadikan aplikasi utama pada iPhone.
Fungsi ini hanya tersedia kepada pengguna yang telah mengemaskini perisian peranti ke iOS 14.
Pertama sekali, masuk ke "Settings" dan cari aplikasi emel yang anda inginkan sama ada Gmail, Spark, Outlook atau aplikasi emel yang lain.
Masuk ke tetapan aplikasi emel tersebut dan pilih "Default Mail App". Sebagai contoh pada gambar untuk aplikasi Gmail. Kemudian ubah aplikasi emel utama yang anda ingin gunakan.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini, semoga bermanfaat.
SUMBER: AMANZ
No comments:
Post a Comment