4 Tanda Yang Menunjukkan Anda Berkemungkinan Disekat Oleh Seseorang Di Whatsapp - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Thursday, October 8, 2020

4 Tanda Yang Menunjukkan Anda Berkemungkinan Disekat Oleh Seseorang Di Whatsapp



Secara umumnya pengguna Whatsapp yang disekat tidak mengetahui sama ada mereka telah disekat oleh seseorang pengguna yang lain ataupun tidak. Hal ini kerana Whatsapp menyatakan ia adalah privasi bagi seseorang pengguna.

“We have made this intentionally ambiguous in order to protect your privacy when you block someone. Thus, we cannot tell you if you are being blocked by someone else.” WhatsApp.

Namun, pihak Whatsapp memberikan panduan yang menunjukkan sama ada nombor mereka disekat ataupun tidak.

Berikut 4 tanda seseorang disekat oleh individu di Whatsapp:

1. Tidak melihat tanda "dalam talian" (online) atau "terakhir dilihat hari ini pada" (last seen).


2. Tidak dapat melihat foto profil pengguna Whatsapp tersebut.

3. Mesej yang dihantar hanya memaparkan satu tanda semak sahaja (mesej dihantar) dan tidak memaparkan tanda semak kedua (mesej diterima) oleh individu tersebut.

4. Sebarang panggilan yang dibuat tidak diterima oleh individu tersebut.

Sekian, terima kasih.

SUMBER: WISER

No comments:

Post a Comment