Nubia RedMagic 5S Kini Rasmi Dilancarkan ! Snapdragon 865+, 16GB RAM, Skrin 144Hz - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Tuesday, July 28, 2020

Nubia RedMagic 5S Kini Rasmi Dilancarkan ! Snapdragon 865+, 16GB RAM, Skrin 144Hz



Nubia RedMagic 5S hadir dengan skrin 6.65-inci FHD+ AMOLED yang dilengkapi dengan kadar segar semula 144Hz, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 865+. Nubia juga menyertakan memori sehingga 16GB RAM.

Peranti ini juga dilengkapkan dengan sokongan kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, sensor 8MP ultra-lebar, dan 2MP makro. Kamera swafoto pula adalah 8-megapixel. Terdapat juga pencahayaan RGB untuk kepuasan hati para gamers sekalian di belakangnya.



Nubia RedMagic 5S ini disertakan dengan bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W, selain itu turut dilengkapi pengimbas cap jari di skrin, dan bicu audio 3.5mm.

Khusus untuk "Gaming Phone", ia dilengkapi dengan sokongan penyejukkan berefisien tinggi, selain sokongan getaran 4D untuk pengalaman permainan yang baik melaluinya. Disamping itu, ia juga turut dilengkapi dengan sokongan Shoulder Trigger Buttons.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di pasaran China sahaja dengan harga permulan CNY 3,799 (~RM2,304) dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia. Red Magic 5S dijual dalam pilihan warna dwi-tona merah/biru dan juga perak.






SUMBER: AMANZ, WISER, BLACKMOB

No comments:

Post a Comment