Cara Untuk Padam Semua Status Facebook! - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Thursday, September 3, 2020

Cara Untuk Padam Semua Status Facebook!

Bulan Jun lalu, Facebook telah memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan pengguna untuk memadam kandungan yang tidak diingini pada Facebook mereka. Menerusi ciri ini, pengguna boleh menyaring dan memadam status Facebook yang telah dibuat dengan lebih pantas. Berikut dikongsikan cara-cara untuk memadam status Facebook.

Terlebih dahulu anda perlulah untuk log masuk melalui aplikasi Facebook.

Dalam tab "Menu", Tekan pada "Setting & Privacy" dan pilih "Settings".

Kemudian masuk ke "Activity log" dan seterusnya tekan "Manage Activity" dan pilih "Your posts".

Pada Bahagian ini, ada boleh pilih sama ada untuk memadam semua status Facebook anda dengan menandakan "All" ataupun boleh memilih mana status yang ada ingin padam.

Kemudian, tekan "Recycle bin" di bahagian bawah dan seterusnya sahkan pemadaman melalui "Move to Recycle bin".

Status yang telah dipadam akan mengambil masa 30 hari untuk dibuang sepenuhnya oleh Facebook. Dalam tempoh masa tersebut, anda boleh memilih untuk mendapatkan semula status yang telah dipadam dengan cara pergi ke "Recycle bin", pilih status yang telah dipadam dan tekan "Restore".


SUMBER: WISER

No comments:

Post a Comment