5 Mitos Tentang Pengecasan Telefon Yang Anda Perlu Tahu ! - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Saturday, July 25, 2020

5 Mitos Tentang Pengecasan Telefon Yang Anda Perlu Tahu !



1. Pengecas Yang Berbeza Akan Merosakkan Bateri Telefon.

KEBENARAN: Pengecas yang berbeza berfungsi dengan baik selagi ianya bukan palsu.

Beberapa orang mengakui bahawa jika menggunakan pengecas yang berbeza yang bukannya diberi ketika membeli telefon baru akan mempengaruhi jangka hayat bateri.

kebenaran ini sememangnya tidak tepat. Hal ini kerana biarpun berlainan pengecas, ia dapat berfungsi dengan baik asalkan pengecas tersebut adalah original dan bukannya palsu.

Pengecas yang berbeza juga sama berfungsi dengan yang diberikan sedia ada, mungkin perbezaannya adalah dari segi prestasi. 


2. Mengecas Sepanjang Malam Akan Merosakkan Bateri.

KEBENARAN: Bateri telefon anda tahu bila hendak berhenti.

Perkara ini adalah perkara yang sering kita dengar bahawa mengecas bateri telefon sepanjang malam akan memendekkan jangka hayat bateri. 

Akan tetapi, perlu diingat bahawa bateri telefon sudah dilengkapi untuk menerima pengecasan sepajang malam dan akan berhenti apabila bateri penuh. 

Namun begitu, tidak bermakna bahawa anda selalu mengecas telefon sepanjang malam. Mengekalkan bateri telefon di antara 40% sehingga 80% akan membolehkan bateri anda bertahan lebih lama.


3. Tidak Menggunakan Telefon Ketika Dicas

KEBENARAN: Tidak apa-apa selagi pengecas adalah original.

Mitos ini mempunyai beberapa kebimbangan . Ramai orang mempercayai bahawa jika menggunakan telefon ketika dicas, telefon akan terbakar dan anda boleh terkena kejutan elektrik. 

Terdapat beberapa kes di mana telefon itu meletup. Namun dalam semua kes tersebut, kebanyakkan pengguna menggunakan pengecas telefon yang palsu. Perkara-perkara ini boleh membawa maut. 

Sekiranya anda menggunakan pengecas yang diluluskan oleh pengeluar, maka tidak ada risiko ketika menggunakannya. Oleh itu, anda boleh menggunakannya seberapa lama yang anda mahukan.


4. Tidak Mematikan Telefon Ketika Dicas.

KEBENARAN: Mematikan telefon ketika dicas dapat membantu meningkatkan jangka hayat bateri.

Menurut pakar dari Apple, mematikan telefon secara berkala membantu memaksimakan masa penggunaan bateri.

Jika anda seorang yang selalu menggunakan telefon, disarankan untuk mematikan telefon ketika mengecas untuk memanjangkan jangka hayat bateri


5. Cas Telefon Apabila Bateri Telah Habis Digunakan.

KEBENARAN: Lebih baik mengecas telefon sebelum bateri kosong.

Idea tentang telefon perlu dicas sebaik sahaja bateri kosong adalah salah sepenuhnya. sekiranya anda membiarkan bateri sehingga 0% akan mengakibatkan bateri tidak menjadi stabil. 


FAKTA BONUS

Suhu panas akan menghancurkan bateri telefon. Bateri Lithium-ion menjadi panas semasa anda mengecasnya. Oleh itu, jika anda mengecas telefon dan meletakkan dipermukaan yang panas berkemungkinan ia akan rosak. Namun begitu, suhu sejuk menyebabkan bateri telefon cepat mati.


No comments:

Post a Comment