Cara Menggunakan Latar Belakang Maya Di Zoom untuk Android - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Sunday, October 4, 2020

Cara Menggunakan Latar Belakang Maya Di Zoom untuk Android



Berikut dikongsikan cara untuk menggunakan latar belakang maya (Virtual Background) di Zoom.

Pertama sekali buka aplikasi Zoom di peranti android anda. Kemudian sertai perjumpaan atau buat perjumpaan baru dengan video diaktifkan.

Seterusnya tekan pada paparan skrin untuk keluarkan menu kawalan dan pilih "More".
Kemudian pilih "Virtual Background". Jika peranti anda tidak menyokong latar belakang maya, pilihan "Virtual Background" tidak akan keluar.

Setelah itu, akan keluar beberapa gambar latar belakang sedia ada yang anda boleh gunakan. Hanya pilih yang mana ada suka.

Untuk menggunakan latar belakang maya pilihan sendiri, slide ke kanan dan tekan "+".

Kemudian pilih gambar di peranti anda.

Gambar yang anda telah pilih akan muncul sebagai latar belakang maya. Tekan "Close" untuk tutup pilihan latar belakang.

Itu sahaja. Semoga bermanfaat


SUMBER: HOW TO GEEK

No comments:

Post a Comment