Telefon RM500++ Tapi Ada Bateri 6000mAh, Ini Telefonnya! - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Tuesday, July 28, 2020

Telefon RM500++ Tapi Ada Bateri 6000mAh, Ini Telefonnya!




Realme C15 telah rasmi diperkenalkan semalam dalam pasaran Indonesia. Peranti ini hadir dengan skrin IPS LCD HD+ berukuran 6.5 Inci dan terdapat takuk kecil pada bahagian hadapan yang memuatkan kamera hadapan 8 Megapixel.

Peranti ini mempunyai dua variasi iaitu 3GB RAM + 64GB dan 4GB RAM + 64GB dengan cip pemprosesan Helio G35. Ia juga menyokong slot kad mikroSD untuk penambahan storan sehingga 128GB.



Pada bahagian belakang peranti dimuatkan dengan tetapan empat kamera iaitu 13-megapixel, lensa 8MP ultra-lebar, 2MP lensa hitam-putih dan 2MP makro. 

Dari segi kapasiti bateri, ia dibekalkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 6,000mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 18W menerusi sambungan kabel mikro-USB. realme C15 menjalan Realme UI yang berasaskan sistem operasi Android 10.



Realme C15 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Marine Blue dan Seagull Silver. Harga peranti ini di pasaran Indonesia bagi model 3GB RAM + 64GB adalah IDR 1,999,000 (~RM584) manakala model 4GB RAM + 64GB berharga IDR 2,199,000 (~RM642). Realme C15 ini dijangka hadir dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi

No comments:

Post a Comment