OPPO A72 5G Peranti Kelas Pertengahan Dengan Cip Pemprosesan Mediatek Dimensity 720 - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Monday, July 27, 2020

OPPO A72 5G Peranti Kelas Pertengahan Dengan Cip Pemprosesan Mediatek Dimensity 720






Bulan April lalu, Oppo A72 telah diperkenalkan dengan sokongan Snapdragon 655 dengan bateri sebesar 5,000 mAh dan kamera utama 48 + 8 + 2 + 2 Megapixel. Kali ini Oppo A72 5G pula diperkenalkan dengan perbezaan pada cip pemprosesan, bateri dan kameranya.

Sebagai permulaan, Oppo A72 5G dikuasakan dengan cip pemprosesan yang baru iaitu Mediatek Dimensity 720 dengan gabungan 8GB RAM dan storan 128GB serta skrin kadar segar semula 90Hz. Peranti ini juga menyokong rangkaian 5G.

Walaupun terdapat beberapa penambahan pada peranti ini, kamera dan baterinya telah di kurangkan. Jika dulu kamera utama 48 + 8 + 2 + 2 Megapixel dan bateri sebesar 5,000 mAh, kali ini kamera didatangkan dengan 16 + 8 + 2 Megapixel dan bateri sebesar 4,040 mAh.




Perisian yang digunakan pula adalah ColorOS 7.2 berasaskan Android 10 terkini. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna, peranti ini ditawarkan pada harga RM 1154 pasaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment