Kini Whatsapp Boleh Digunakan Lebih Dari Satu Peranti. Ini Caranya.. - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Tuesday, July 28, 2020

Kini Whatsapp Boleh Digunakan Lebih Dari Satu Peranti. Ini Caranya..



Salah satu kelemahan WhatsApp berbanding aplikasi pemesejan lain seperti Messenger dan Telegram ialah ia hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu-satu masa sahaja. Oleh itu pada Jun lalu, mula kedengaran laporan bahawa WhatsApp akan mengaktifkan sokongan yang membolehkan ia digunakan pada empat peranti secara serentak.


WABetaInfo menemui petanda bahawa ciri ini akan diaktifkan pada masa akan datang selepas menemui pilihan Linked Devices pada skrin tetapan peranti aplikasi versi Beta. 






Menurut WABetaInfo, setiap peranti perlu menjalani proses pengesahan menerusi kod yang dihantar menggunakan SMS seperti biasa.




Selepas kesemua peranti diaktifkan, ia boleh digunakan seperti biasa secara serentak dengan peranti lain yang telah menjalani proses pengesahan. Ini ialah sokongan yang telah lama dinanti-nantikan oleh pengguna dan nampaknya semakin hampir menjadi realiti.


SUMBER RUJUKAN : AMANZ, WABETAINFO

No comments:

Post a Comment