Asus ROG Phone 3 - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Sunday, July 26, 2020

Asus ROG Phone 3




Asus telah melancarkan Asus ROG Phone 3.


Ia dijana cip Snapdragon 865+ yang membawakan prestasi CPU grafik 10% lebih pantas berbanding Snapdragon 865. Terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu 12GB/512GB dan 16GB/512GB. Ia dimuatkan dengan RAM dari jenis LPDDR5 serta UFS 3.1.



Untuk paparan yang lebih jelas ROG Phone 3 ini dibekalkan dengan paparan skrin sebesar 6.59 inci. Apa yang menarik adalah ia merupakan panel dengan latensi 1ms. Selain itu, ia adalah AMOLED dan menyokong kadar segar semula 144Hz. Untuk input pula, latensi adalah serendah 25ms serta 270Hz. Ia merupakan panel dengan HDR10+ serta 10 bit dan ia juga turut sesuai sebagai paparan untuk kandungan selain bermain permainan.





Untuk fungsi gaming khusus, terdapat ciri AirTrigger 3 dengan sensor sentuh ultrasonik. Selain itu, terdapat mod prestasi X Mode yang digunakan untuk mengubah tetapan lebih khusus untuk bermain.



Ia juga dimuatkan dengan sistem penyejukan GameCool 3 yang mempunyai rekaan kebuk wasap 3D lebih dikemaskini. Terdapat juga lapisan grafit di sebalik skrin untuk memudahkan pengaliran haba serta heat sink lebih luas untuk mengurangkan kepanasan peranti.




Kali ini, kotak pembelian disertakan dengan alat penyejuk AeroActive Cooler 3. Ia mempunyai kipas yang lebih efektif untuk penyejukan. Padanya juga dimuatkan dengan bicu audio 3.5mm.



Untuk memastikan pengguna boleh bermain dalam masa yang lama, bateri sebesar 6000mAh dimuatkan. Terdapat 30W pengecasan pantas yang disalurkan melalui USB-Power Delivery.



ASUS ROG Phone 3 ini masih dimuatkan dengan pembesar suara stereo. Ia dihalakan ke hadapan dan diletakkan pada bezel atas dan bawah peranti.



Cukup bercerita mengenai fungsi gaming, untuk kamera ia dimuatkan dengan 3 lensa – 64MP utama, 16MP makro, dan 13MP sudut lebar. Swafoto pula merupakan sensor 24MP.


Asus ROG Phone 3 bakal memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan bulan September 2020. 

No comments:

Post a Comment