Samsung Memberikan Petanda Peranti Yang Bakal Diperkenalkan Bersama Galaxy Note 20! - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Tuesday, July 28, 2020

Samsung Memberikan Petanda Peranti Yang Bakal Diperkenalkan Bersama Galaxy Note 20!



Samsung telah hadir dengan video terbaru yang memperlihatkan secara kasar, dan memberikan petanda berkaitan produk yang bakal dilancarkan mereka pada acara Unpacked bulan Ogos 2020 ini.



Samsung bakal memperkenalkan lima peranti baru, dan melalui video pengenalan, mereka memperlihatkan kemaskini untuk Galaxy Note, Galaxy Fold, Galaxy Tab, Galaxy Buds Live dan juga Galaxy Watch 3.

Beberapa daripadanya telah pun tertiris sebelum ini, dan kini Samsung mengesahkan pengenalannya melalui video acah rasmi.

Apa jua pun, sama-sama kita nantikan 5 Ogos 2020 ini untuk melihat sendiri apakah yang bakal ditawarkan oleh Samsung melalui siri Galaxy terbaru ini.




SUMBER: AMANZ

No comments:

Post a Comment