Rangkaian 5G Bakal Diperkenalkan Pada Penghujung Tahun 2022 - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Friday, November 20, 2020

Rangkaian 5G Bakal Diperkenalkan Pada Penghujung Tahun 2022



Rangkaian 5G akan mula diperkenalkan di Malaysia pada penghujung 2022 ataupun awal 2023 menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Saifuddin Abdullah.

Ada yang menjangka bahawa 5G akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini berikutan syarikat telekomunikasi yang aktif mempromosikan telefon 5G mereka.

Namun begitu, ia tidak akan terjadi disebabkan kerajaan harus mengkaji pelbagai faktor dan aspek dari segi caj yang bakal dikenakan kepada rakyat untuk mengakses 5G, merapatkan jurang digital 5G, dan juga melihat ketersediaan industri dalam penerimaan 5G.

Beliau turut berkongsi di mana dijangka 5G akan digunakan sepenuhnya sebanyak 70% oleh industri manakala lagi 30% adalah untuk rakyat biasa.

Tambahan lagi, perancangan dan persiapan rangkaian 5G yang tertib adalah lebih baik dari sekadar mengikut kempen 5G yang dilaksanakan oleh sesetengah syarikat telekomunikasi di Malaysia.


SUMBER: WISER

No comments:

Post a Comment