4 Ciri Baru Yang Bakal Diperkenalkan Pada Tetapan "Wallpaper" Whatsapp - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Thursday, November 19, 2020

4 Ciri Baru Yang Bakal Diperkenalkan Pada Tetapan "Wallpaper" Whatsapp




Whatsapp dikhabarkan sedang menguji 4 ciri baru yang dikenali sebagai "Advanced Wallpaper Features" yang ditawarkan kepada pengguna Whatsapp versi Beta di platform iOS dan Android. 

Antara ciri baru iaitu pengguna boleh menetapkan Wallpaper khusus pada setiap ruang sembang yang berbeza serta menetapkan tahap kesamaran (opacity) Wallpaper tersebut.

Sebanyak 61 Wallpaper baru juga akan diperkenalkan dan 32 imej daripadanya untuk tetapan mod cerah dan 29 lagi untuk tetapan mod gelap Whatsapp. Selain itu, pengguna juga boleh melapisi (overlay) Doodle ke atas Wallpaper Whatsapp.

Semua ciri ini akan ditawarkan kepada semua pengguna Whatsapp secara berperingkat dalam kemas kini akan datang.

SUMBER: WISER, wabetainfo

No comments:

Post a Comment