Xiaomi Mi 10 Ultra Boleh Zum Hingga 120X? - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Saturday, August 8, 2020

Xiaomi Mi 10 Ultra Boleh Zum Hingga 120X?



Xiaomi Mi 10 Ultra bakal dilancarkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+ yang lebih berkuasa daripada Snapdragon 865 yang telah digunakan pada Xiaomi Mi 10. Rekaan peranti ini telah tertiris (bocor) pada poster yang telah tular pada awal bulan Ogos 2020. 

Berdasarkan rekaan yang telah tular, sistem kuad-kamera akan digunakan pada bahagian belakang peranti tersebut dengan kemampuan zum sehingga 120X dan dilengkapi dengan mekanisme periskop yang membantu dalam mencapai tahap zum yang tertinggi pada telefon pintar setakat ini.

Seperti beberapa peranti Xiaomi sebelum ini, Mi 10 Ultra juga menawarkan versi lutsinar (komponen dalaman yang terlihat). Peranti ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 11 Ogos 2020.

Antara spesifikasi peranti ini adalah skrin AMOLED dengan segar semula 120Hz, bateri berkapasiti 4500mAh, LPDDR5, UFS 3.1, Wi-Fi 6, Audio berprestasi tinggi dan menyokong 10 bit kedalaman warna (HDR10) serta standard 8K rakaman video.


SUMBER: AMANZ, SPARROWNEWS


No comments:

Post a Comment