Game Nostalgia Nokia Yang Membuatkan Anda Tersenyum Terkenang Masa Lalu! - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Sunday, August 9, 2020

Game Nostalgia Nokia Yang Membuatkan Anda Tersenyum Terkenang Masa Lalu!



Yoooo wazzuppp Malaysian, hari ini kita akan imbas kembali kenangan lalu di mana Android dan iOS belum lagi muncul ketika itu, Kita mahu imbau kembali game-game nostalgia yang menghias hidup kita masa kecik-kecik dulu ketika bermain game dalam handphone legend Nokia 3310. So hari ini aku ada lah listkan beberapa game yang semestinya anda rindu dan teringat game-game legend ni. So, tanpa menulis panjang, korang baca lah di bawah ni. Peace outttttt....


1. Bounce



game ini antara game yang tercanggih pada masa itu yang pastinya membuatkan anda berasa teruja untuk menamatkan stage dalam game tersebut. Game ini juga antara penyebab handphone nokia yang baterinya boleh bertahan sehari semalam akan cepat kehabisan bateri. Game ini mempunyai 10 stage dan anda perlu mengumpul cincin untuk pergi ke stage seterusnya. Setiap stage ada halangan tersendiri yang semakin lama semakin sukar yang pastinya apabila anda kehabisan bantuan nyawa di saat-saat stage terakhir, anda tidak boleh ulang semula stage tersebut dan anda perlu mula dari stage yang pertama. Ini membuatkan anda berasa geram dan ingin menghampas telefon. Akan tetapi, game ini mempunyai beberapa cheatcode antaranya, (787898) yang menjadikan bola anda kebal dari duri ataupun api dan 787898# (bola terapung). Game ini boleh didapati dalam peranti terbaru anda sama ada Android ataupun iOS.


2. Rapid Roll



game ini merupakan salah satu game yang menguji kepantasan mata dan juga ketangkasan jari anda. Anda perlu menurunkan bola dari setiap anak tangga agar bola tersebut tidak mati terkena duri. Setiap stage ada kelajuannya yang membuatkan jari anda semakin laju menekan kekunci telefon.


3. Space Impact



Game ini pula merupakan game aksi terbaik di zamannya kerana penggunaan jet untuk membunuh monster. dalam game ini anda boleh mengawal jet pejuang dalam pelbagai arah sama ada ke atas, ke bawah, ke belakang dan ke hadapan. Game ini ada tiga kali percubaan dan memerlukan fokus yang tinggi agar dalam melawan musuh atau alien yang datang dari pelbagai arah. Tambahan pula, apabila berjumpa dengan ketua monster pada setiap peringkat, masa itulah kita akan tidak senang duduk dalam mengawal jet pejuang anda. Apa yang menariknya game ini, pergerakan musuh tidak dapat dijangka dan serangan balas daripada ketua monster juga di setiap peringkat adalah berbeza. Jangan risau kerana anda dibekalkan dengan tambahan kuasa (Power up).


4. Snake


Siapa yang tidak tahu mengenai game legend ini, game yang paling otai antara kesemua game kerana game ini masih bertahan sehingga ke hari ini. Game ini menguji minda kerana anda perlu taktik dan teknik untuk memastikan ular anda tidak mati walaupun sudah mencapai tahap yang agak panjang. Anda perlu bijak untuk menentukan laluan ular tersebut dan sudah semestinya anda tahu jika terlanggar badan sendiri maka game tersebut tamat dan perlu mula dari awal. 

No comments:

Post a Comment