Oppo Reno 4 Dan Reno 4 Pro Malaysia: Ini Spesifikasi Yang Perlu Anda Tahu! - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Tuesday, August 4, 2020

Oppo Reno 4 Dan Reno 4 Pro Malaysia: Ini Spesifikasi Yang Perlu Anda Tahu!




Oppo Malaysia telah memperkenalkan dua peranti baru di bawah Reno Series, iaitu Oppo Reno 4 dan juga Oppo Reno 4 Pro.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro masing-masing dibekalkan dengan cip Snapdragon 720G, RAM 8GB, bicu audio 3.5mm dan dilengkapi dengan kamera utama 48-megapixel dengan empat kamera belakang.

Oppo Reno 4 Pro menggunakan skrin 6.55-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mah dengan pengecasan pantas Super VOOC 2.0 65W. Reno 4 Pro mempunyai sistem kuad kamera diketuai 48MP (f/1.7), 8MP (f/2.2) ultra lebar, 2MP (f/2.4) makro dan 2MP (f/2.4) mono. Storan dalaman yang tersedia adalah 256GB dan disertakan sokongan kad MikroSD.

Sementara Oppo Reno 4 pula hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED dan storan 128GB. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 4015mAh dengan pengecasan VOOC 4.0 30W. Reno 4 mempunyai dwi kamera swafoto iaitu 32MP (f/2.4) dan tambah kamera 2MP. Reno 4 hanya ditawarkan dengan storan 128GB tetapi menyokong kad MikroSD sehingga 256GB

Kedua-dua peranti ini boleh dipra-tempah bermula 3 Ogos sehingga 7 Ogos ini. Oppo Reno 4 ditawarkan pada harga RM1699, sementara Oppo Reno 4 Pro pula ditawarkan pada harga RM2399.








Pelanggan yang membuat pra-tempahan Reno 4 Pro akan menerima fon telinga Oppo Enco W31 TWS (RM259) dan juga 1 tahun jaminan perlindungan skrin (RM139).

Sementara pengguna yang membuat pra-tempahan Oppo Reno 4 pula akan menerima 1 tahun jaminan dipanjangkan (RM119).

Tempahan boleh dibuat melalui :

Lazada

Shoppe





RUJUKAN: WISER, AMANZ, SMASHPOP

No comments:

Post a Comment