Realme C12 Dengan Bateri Berkapasiti 6000mAh? Ini Spesikasinya! - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Thursday, August 6, 2020

Realme C12 Dengan Bateri Berkapasiti 6000mAh? Ini Spesikasinya!



Realme bakal melancarkan siri C terbaru mereka iaitu Realme C12. dalam pelbagai pensijilan dengan nombor model RMX2189. Sehingga kini, Realme C12 telah menerima pensijilan daripada Thailand, Malaysia, Indonesia dan China. Kapasiti bateri 6000mAh juga diperlihatkan menerusi pensijilan tersebut.


Dari segi spesifikasi, peranti ini mungkin berada di tengah-tengah antara Realme C11 dan Realme C15. Ia juga berkemungkinan berkongsi ciri paparan skrin HD+ dengan takuk yang memuatkan kamera swafoto serta menjalan Realme UI berasaskan Android 10.

Cuma spesifikasi yang tidak jelas adalah sama ada ia menggunakan chipset Helio-G35 seperti siri C yang lain, kedudukan pengimbas cap jari dan jumlah kameranya.

Dengan pensijilan yang telah diterima, realme C12 dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.


SUMBER: WISER, GSMARENA

No comments:

Post a Comment