Google Play Music Akan Digantikan Dengan Youtube Music - TK Gadget

Breaking

BANNER 728X90

Wednesday, August 5, 2020

Google Play Music Akan Digantikan Dengan Youtube Music




Google telah mengumumkan aplikasi Google Play Music akan digantikan dengan Youtube Music pada penghujung tahun 2020 dan ditamatkan sepenuhnya bermula tahun 2021. 

Aplikasi ini akan diberhentikan secara berperingkat bermula pada bulan Ogos ini di mana pengguna sudah tidak boleh memuat turun atau memuat naik lagu melalui Music Manager. 

Pengguna di New Zealand dan Afrika Selatan tidak lagi boleh melakukan penstriman muzik bermula pada September ini dan perubahan yang sama akan berlaku pada pasaran global yang lain pada bulan Oktober. Langganan juga akan dibatalkan secara automatik.







Bagaimanapun, senarai main, library, dan kandungan tersebut masih belum dipadamkan dan pengguna diberi tempoh sehingga Disember ini untuk memindahkan kandungan tersebut ke Youtube Music. 

Bagi yang menggunakan YouTube Music, anda boleh melakukan proses pemindahan dari Google Play Music ke YouTube Music hari ini. Di Malaysia, YouTube Music ditawarkan pada harga RM14.90 sebulan.


SUMBER: AMANZ, WISER

No comments:

Post a Comment